Rabu, 04 Juli 2007

kau miliku sementara

Tahukah kau betapa berharga kalimah mu itu
Bila kau melafazkan kau milik ku
Bila kau nyatakan cintamu
Bila kau mahukan diriku
Tetapi...sementara

Tahukah kau betapa hati ini terluka
Bila kau kata kau sayang padaku
Bila kau kata kau perlukan aku
Bila kau kata aku lah segalanya
Kerana itu hanyalah...sementara

Tahukah kau seluruh naluri ini berdenyut kerana mu
Bergerak nadi ini kerana sentuhan mu
Bernafas diri ini kerana kucupan mu
Dan akan mati bila kau pergi
Kerana hadirmu...sementara

Tahukah kau diri ini sudah terlalu menyayangi mu
Merindui suara mu mengidamkan pelukan mu
Menantikan kehangatan tubuh mu
Memerlukan belaian mu
Untuk selamanya dan bukan hanya...sementara

Tahukah kau daya hidup ku sudah tiada
Bila memikirkan kau akan melangkah
Bila sedar kau milik si dia
Bila tahu diri ini hanya tempat bersinggah
Tapi punya kah aku sebarang upaya?
Kerana sudah ku tahu dari mula..

Cinta ini hanya sementara
Sayang ini hanya sementara
Sentuhan ini hanya sementara
Kalimah cinta hanya sementara
Kau milikku hanya sementara....

Denyut nadi terhenti......

Tidak ada komentar: